Monday 28 November 2011

Sajak Untukmu


           Seorang kanak-kanak
           berbaju kurung nampak cantik
           berlesung pipit beralis lentik
           bermain-main riang, bermain keseorangan
           pada wajahnya meriak gembira
           pada bibirnya menguntum ceria
           berderai ketawa mengocak suasana.


           Seorang kanak-kanak
           berpakaian ceongsam bertocang dua
           bergincu pipi tampak ceria
           tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa
           menghulur senyum dan ketawa manja
           pada wajahnya menyerlah keriangan
           mereka bermain alang-kepalang
           berkejar-kejaran tanpa halangan.


           Seorang kanak-kanak
           bersari bergelang kaki
           bertindik hidung menguntum seri
           melihat saja telatah manja
           si comel berdua, bermain, dan tertawa
           dirinya bagai digamit bermain bersama
           mengongsi kemesraan
           menterjemah makna kejiranan.
         
         
           Ah, kanak-kanak
           biar berlainan agama
           biar berlainan bangsa
           mereka saling bersalaman
           dan berpeluk mesra
           tanpa menghiraukan adat dan budaya;
           membina keakraban tanpa curiga
           membentuk perpaduan tanpa prasangka
           bersatu hati membentuk jati diri
           ke arah wawasan lebih bererti!

Thursday 10 November 2011

Pemakanan Kanak-kanak


Makan untuk kesihatan : Kanak-kanak 1 - 6 tahun

Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.
1. Piramid Makanan
  • Makan sedikit – lemak, minyak dan gula
  • Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
  • Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian
a) Nasi dan gantiannya
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda.
b) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit.
c) Ikan, daging dan gantiannya
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka.
d) Susu dan hasil tenusu
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.

Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda yang berumur 1 – 6 tahun
Kumpulan Makanan
Pilihan Satu Sukatan
Bilangan Sukatan Sehari
1 – 3 tahun
4 – 6 tahun
Nasi dan gantiannya
½ cawan nasi
½ cawan bijirin sarapan
3 keping biskut kraker
1 biji kentang saiz sederhana
1 keping kuih
1 cawan bubur nasi
6
8
Susu
1 gelas
2 – 3
3
Ikan dan gantiannya
½ ekor ikan
1 ketul ayam atau daging saiz kotak
2 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
1 keping taukwa
½ cawan kekacang
1 biji telur
2
2
Sayur-sayuran
2 sudu makan
2
2
Buah-buahan
1 potong atau satu biji
1
1

2. Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun
Susu ibu merupakan makanan yang paling sempurna buat anak-anak sejak lahir hingga ke usia 2 tahun. Oleh itu, para ibu digalakkan menyusukan anak-anak pada usia berkenaan dan mengurangkan pengambilan susu tepung.
3. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun
Sarapan pagi
· 1 gelas susu
· 2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem
Minum pagi
· 3 keping biskut
· ½ gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· ½ cawan nasi
· 1 ketul ayam goreng kicap
· 2 sudu makan sayur
· Air masak
Minum petang
· 1 keping kuih
· 1 potong buah
· ½ gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 mangkuk mihun sup
Minum malam
· 1 gelas susu
4. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 – 6 tahun
Sarapan pagi
· 1 cawan mihun goreng
· 1 gelas minuman bersusu
Minum pagi
· 3 keping biskut
· 1 gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· 1 cawan nasi
· 1 ketul ayam masak merah
· 2 sudu makan sayur
· 1 potong buah-buahan
· Air masak
Minum petang
· 2 keping kuih
· 1 gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 cawan bubur nasi campur ikan
· Air masak
Minum malam
· 1 gelas susu
Bila anak anda tidak berminat untuk makan…..
Tarik minat anak anda terhadap makanan
  • Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu
  • Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan
  • Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan
Sediakan makanan yang menarik
  • Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik
  • Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk
  • Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik
  • Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas
Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan
  • Elakkan memarahi anak anda semasa makan
  • Jangan ugut anak anda untuk makan
  • Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak
  • Galakkan anak anda makan sendiri
  • Makanlah bersama-sama
Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6 kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula.
Beri makanan ringan yang berkhasiat
Makanan ringan yang digalakkan : Jagung rebus, sandwic, buah-buahan, susu kacang soya, biskut kraker, susu, dadih, air buah, bebola ikan, keropok lekor
Makanan ringan yang tidak digalakkan
Snek dalam paket, Ubi kentang goreng, Gula-gula, Coklat, Biskut krim, kek manis, Minuman bergas, Sirap
Vitamin Tambahan
Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan.
Pengawasan berat badan anak anda
Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak anda mencapai berat badan yang sepatutnya. Sekiranya berat badan anak tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Penambahan berat badan yang memuaskan
Garisan yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai menunjukkan bahawa kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang dijangkakan.
Bengkuk pembesaran yang menaik – Tanda baik
Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan
Garisan yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah dan perlukan perhatian. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu bertindak segera.
Bengkuk pembesaran yang mendatar – Tanda amaran
Petua
  1. Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan.
  2. Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan
  3. Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan
  4. Beri peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam atau perasa
  5. Timbang anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya.

Piramid makanan


Wednesday 9 November 2011

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan



REKABENTUK KURIKULUM
Ciri utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:
1. Kurikulum berasaskan standard 
2. Kurikulum berbentuk modular

Kurikulum Berasaskan Standard
Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Berbentuk Modular
Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:
1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.
2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)

TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :

  • Tunjang Komunikasi
  • Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Tunjang Kemanusiaan
  • Tunjang Sains dan Teknologi
  • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Tunjang Ketrampilan Diri
Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M:
  • Membaca
  • Menulis
  • Mengira
  • Menaakul
Peruntukan Masa:

MODUL
% PeruntukanMasa
TERAS ASAS
BAHASA
BM

Fleksibel 
(Awal tahun: 35 % 
Akhir tahun: 25%)
BI
BC/BT
MATEMATIK
AKTIVITI LUAR
PEND. ISLAM / MORAL
BERTEMA
MODUL BERSEPADU 
Fleksibel 
(Awal tahun: 35% 
Akhir tahun:45%)
AKTIVITI RUTIN DAN PERBUALAN PAGI 
(baca doa, makan, refleksi)
30%

Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruktional dalam Kelas Prasekolah:


Bil.
Bahasa Instruktional
Peruntukan Masa MinimumSeminggu untuk kelasprasekolah yang bahasapengantarnya: 
(minit)
Bahasa Malaysia
BahasaPengantar lain
1
Bahasa Malaysia
600
400
2
Bahasa Inggeris
600
400
3
Bahasa Cina/Bahasa Tamil/BahasaInggeris 
400
JUMLAH
1200
1200

Peruntukan Masa 1 Minggu untuk Prasekolah yang menggunakan bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia :

Bil.
Modul
Peruntukan Masa Seminggu untukprasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (minit)
Dijalankandalam BM
Dijalankan dalamBI
1
Rutin pagi
30
20
2
Perbualan Pagi
60
40
3
Rehat
90
60
4
Refleksi sebelum balik
30
20
5
Modul Teras Asas Bahasa Malaysia
90
6
Modul Bertema yang dikendalikan dalam BM 
100
7
Modul Teras Asas Bahasa Inggeris
90
8
Modul Bertema yang dikendalikan dalam BI
330
9
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
10
Aktiviti Luar
40
40
11
Matematik
40
Jumlah minit seminggu
600
600

Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia :


Bil.
Bidang Pembelajaran
Peruntukan Masa Seminggu untukprasekolah yang bahasa pengantarnya bukan BM 
(minit)
Dijlnkandlm BM
Dijlnkandlm BI
Dijlnkandlm BC/BT
Jumlah
1
Rutin pagi * 
10
20
20
10 x 5 = 50
2
Perbualan Pagi 
20
40
40
20 x 5 = 100
3
Rehat 
30
90
30
30 x 5 = 150
4
Refleksi sebelum balik 
10
20
20
10 x 5 = 50
5
Modul asas BM
90
90
6
Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM
200
200
7
Modul asas BI
90
90
8
Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI
140
140
9
Modul asas BC/BT
90
90
10
Modul Bertema yang berunsurkan Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam BC/CT /Pendidikan Islam
120
120
11
Permainan Luar ( satu hari dalam BM, satu hari dalam BI)
40
40
80
12
Matematik
40
40
Jumlah minit seminggu
400
400
400
1200

Monday 7 November 2011

Tugasan UPSI

Assalamualikum...
terciptanya blog ini adalah kerana tugasan UPSI mengkehendaki semua pelajar membina sebuah blog...Akhirnya tercipta la blog ini.....huhuhuh