Makan untuk kesihatan : Kanak-kanak 1 - 6 tahun
Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap
ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang
berzat. Tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 – 6
tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara
beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang
diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda
berasaskan piramid makanan.
1. Piramid Makanan
- Makan
sedikit – lemak, minyak dan gula
- Makan
sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
- Makan
banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
- Makan
lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian
a) Nasi dan gantiannya
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga
untuk anak anda.
b) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin
dan mineral yang membantu menjauhi penyakit.
c) Ikan, daging dan gantiannya
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur,
kekacang, tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di
samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka.
d) Susu dan hasil tenusu
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan
protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk
tulang dan gigi yang kuat.
Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk
anak anda yang berumur 1 – 6 tahun
Kumpulan Makanan
|
Pilihan Satu Sukatan
|
Bilangan Sukatan Sehari
|
|
1 – 3 tahun
|
4 – 6 tahun
|
||
Nasi dan gantiannya
|
½ cawan nasi
½ cawan bijirin sarapan
3 keping biskut kraker
1 biji kentang saiz sederhana
1 keping kuih
1 cawan bubur nasi
|
6
|
8
|
Susu
|
1 gelas
|
2 – 3
|
3
|
Ikan dan gantiannya
|
½ ekor ikan
1 ketul ayam atau daging saiz kotak
2 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
1 keping taukwa
½ cawan kekacang
1 biji telur
|
2
|
2
|
Sayur-sayuran
|
2 sudu makan
|
2
|
2
|
Buah-buahan
|
1 potong atau satu biji
|
1
|
1
|
2. Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2
tahun
Susu ibu merupakan makanan yang paling sempurna buat
anak-anak sejak lahir hingga ke usia 2 tahun. Oleh itu, para ibu digalakkan
menyusukan anak-anak pada usia berkenaan dan mengurangkan pengambilan susu
tepung.
3. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun
Sarapan pagi
· 1 gelas susu
· 2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem
Minum pagi
· 3 keping biskut
· ½ gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· ½ cawan nasi
· 1 ketul ayam goreng kicap
· 2 sudu makan sayur
· Air masak
Minum petang
· 1 keping kuih
· 1 potong buah
· ½ gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 mangkuk mihun sup
Minum malam
· 1 gelas susu
4. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 – 6 tahun
Sarapan pagi
· 1 cawan mihun goreng
· 1 gelas minuman bersusu
Minum pagi
· 3 keping biskut
· 1 gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· 1 cawan nasi
· 1 ketul ayam masak merah
· 2 sudu makan sayur
· 1 potong buah-buahan
· Air masak
Minum petang
· 2 keping kuih
· 1 gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 cawan bubur nasi campur ikan
· Air masak
Minum malam
· 1 gelas susu
Bila anak anda tidak berminat untuk makan…..
Tarik minat anak anda terhadap makanan
- Libatkan
anak di dalam memilih dan merancang menu
- Bawa
bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan
pelbagai jenis makanan
- Galakkan
anak membantu semasa menyediakan makanan
Sediakan makanan yang menarik
- Hidangkan
makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik
- Gunakan
peralatan yang berbagai warna dan bentuk
- Hidangkan
secara berasingan agar lebih menarik
- Jangan
mencampur semua makanan dalam satu bekas
Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan
- Elakkan
memarahi anak anda semasa makan
- Jangan
ugut anak anda untuk makan
- Elakkan
berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak
- Galakkan
anak anda makan sendiri
- Makanlah
bersama-sama
Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu
ketika kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6
kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga
boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada
bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula.
Beri makanan ringan yang berkhasiat
Makanan ringan yang digalakkan : Jagung rebus, sandwic,
buah-buahan, susu kacang soya, biskut kraker, susu, dadih, air buah, bebola
ikan, keropok lekor
Makanan ringan yang tidak digalakkan
Snek dalam paket, Ubi kentang goreng, Gula-gula, Coklat,
Biskut krim, kek manis, Minuman bergas, Sirap
Vitamin Tambahan
Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil
pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada
kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan.
Pengawasan berat badan anak anda
Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong
pertumbuhan anak yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat
badan anak anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan
anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada
anak anda mencapai berat badan yang sepatutnya. Sekiranya berat badan anak
tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Penambahan berat badan yang memuaskan
Garisan yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai
menunjukkan bahawa kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang
dijangkakan.
Bengkuk pembesaran yang menaik – Tanda baik
Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan
Garisan yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami
masalah dan perlukan perhatian. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu
bertindak segera.
Bengkuk pembesaran yang mendatar – Tanda amaran
Petua
- Sediakan
makanan sebaik sahaja masuk waktu makan.
- Elakkan
memberi makanan ringan menghampiri waktu makan
- Potong
makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan
- Beri
peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam
atau perasa
- Timbang
anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya.
No comments:
Post a Comment